1.) Hendaklah seorg lelaki itu memilih wanita yang elok baik rupa parasnya dan baik agamanya agar dia dapat banyak anak dan menghasilkan sunat disisi Islam.
Kecantikan sahaja tidak guna, jika wanita tersebut tiada agama pada dirinya.Agama di dalam diri bermaksud tahu antara hukum iaitu halal dan haram.memahami soal rumah tangga, menjaga hati suami , soal batasan pergaulan lelaki perempuan, dan sanggup berubah kearah kebaikan.Kerana zaman sekarang, wanita perlu dididik, apabila berkawin tangungjawab suami mendidik isteri kearah kebaikan.
Maka carilah wanita yang keinginan berumahtangga dan bersedia menjalan perintah Allah.
2.) Islam galakkan agar seorang lelaki itu memilih perempuan yang murah mas kahwinnya. Kerana Rasullullah s.a.w bersabda:
“bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah terlebih baik paras mukanya dan terlebih murah mas kahwinnya.” Dan “ Setengah dari berkat seseorang perempaun itu ialah yang berkawin cepat”.
Seorang sahabat Rasullullah s.a.w iaitu Saiyidina Said bin Al Musaiyib r.a mengahwinkan anaknya dengan Saiyidina Abu Hurairah dengan mas kawin 2 dirham kemudian dibawanya anaknya itu kerumah Abu Hurairah r.a. pada waktu malam hari dan meninggalkan anaknya dirumah Abu Hurairah selepas 7 hari kemudian baru Abu Hurairah datang mengucapkan salam. Berkata Saiyidina Umar Al Khattab r.a : “Rasulullah s.a.w tidak pernah menaruh mas kawin keatas anak perempuannya dengan sangat tinggi atau mahal.”
Berkata Imam Ghazali r.a.: “janganlah dia meletakkan mas kawin anak terlalu mahal”.
Pada zaman sekarang, mas kawin masih mampu pada pihak lelaki. Tetapi hantarannya tidak menentu kerana menjadi tred atau ikutan nafsu meletak hantaran sehingga pihak lelaki tidak kemampuan dan menyebabkan pihak lelaki terpaksa menangung hutang demi mengahwini wanita pilihannya.
Janganlah kahwin kerana sifat ego, kerana mahu meninggikan hantaran kerana mengikuti pasangan rakan2 yang lain dan salah satunya pulak kerana kos belanja kenduri yang tinggi.Ini satu kesilapan kebanyakan umat Islam melayu sekarang, jangan menyusahkan pihak lelaki yang ikhlas mahu melaksanakan perintah Agama. Letakkan harga hantaran mengikut kemampuan pasangan.InsyAllah, kebahagian keselesan pasangan dapat hidup dengan tenang tanpa memikir masalah kewangan.
“ Lazimkan atas kamu berkawin dengan perempuan yang banyak beranak dan perempuan yang merasa kasih sayang akan suaminya”
4.) Sunat memilih yang anak dara seperti sabda Rasulullah s.a.w :
“ Mengapa engkau tidak berkahwin dengan anak dara supaya dapat bermain dan bersukaria dengannya dan dia akan bermain dan bersuka suka denganmu pula”.
5.) Sunat memilih perempuan yang mempunyai bangsa dan juga keturunan yang baik serta mempunyai agama. Nabi s.a.w menyuruh memilih yang beragama dan beriman.seperti sabdanya:
“ kahwinilah golongan orang2 yang soleh sebab keturunan itu mempengaruhi”.
6.) Jangan berkahwin dengan kaum kerabat yang dekat yang menyebabkan kurang tarikan syahwat dan keinginan. Hasilnya akan melahirkan anak yang kurang sihat dari segi akal dan tubuhnya. Sabda Rasulullah s.a.w.
dan wajiblah diatas wali perempuan memilih bakal suami bagi anaknya itu atau kepada saudaranya yang perempuan akan seorang lelaki yang baik dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Jangan sekali-kali memilih lelaki yang jahat dan fasik atau lemah agamanya ataupun lelaki yang tidak mampu memberi belanja kepada isterinya sendiri atau lelaki yang tidak sekutu(setaraf) yang mana menyebabkan nikah itu porak peranda dan rosak.
Ketika ditanyai oleh orang kepada Aulia Hassan Al Basri r.a. kepada lelaki manakah patut kami berikan anak perempuan atau saudara perempuan kami(kahwinkannya)..? Maka jawabnya: “persuamikan akan anak perempuan atau saudara perempuanmu dengan lelaki yang takut kepada Allah. Sesungguhnya barang siapa kasih akan Allah tentu sekali dia akan sayang kepada isterinya (yang diamanahkan oleh Allah) dan barang siapa yang tidak melakukan ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan membawa isteri dan keluarganya kedalam neraka Allah dan kebenciannya.”


Tiada ulasan:
Catat Ulasan