DOA ADALAH PENAWAR PALING MUJARAB
Doa merupakan penawar yg paling byk
memberikan manfaat. Doa juga menangkal bala ‘dugaan’ ,mencegah musibah serta
menghilangkannya.Doa juga dapat meringankan musibah yg bakal menimpa. Doa
merupakan senjata org beriman. Seperti diriwayat oleh Hakim drpd Ali ibn Abi
Thalip r.a. Rasullah SAW bersabda:
“ Sesungguhnya doa itu adalah
senjata bagi org yg beriman, tiang agama, dan sinar langit dan bumi, “
Hubungkait doa dgn musibah yg
menimpa ada 3 jenis:
1.
Apabila doa lebih kuat, musibah dapat ditolak
2.
Apabila doa lebih lemah daripada musibah, seseorg akan terus dirundung musibah.
Meskipun demikian, walaupun lemah, doa masih dapat sedikit meringankan.
3.
Apabila sama-sama kuat, musibah dan doa akan saling menolak.
Dalam kitab al-Hakim, diriwayatkan
sebuah hadith drpd Aisyah r.a. Rasullah SAW bersabda:
“ kewaspadaanmu tidak ada
gunanya dlm menghadapi takdir. Doalah yg berguna utk mengantisipasi musibah yg
turun mahupun yg belum turun. Sesungguhnya musibah ketika turun dihadapi oleh
doa, dan keduanya bertarung hingga Hari Kiamat,”
Di dalam kitab al-Hakim,
diriwayatkan hadith drpd Ibn Umar r.a Rasulullah SAW bersabda:
“ Doa itu berfaedah bagi
musibah yg telah turun dan yg belum turun. Oleh kerana itu, wahai hamba Allah,
kamu harus berdoa.”
Dalam kitab tersebut juga
diriwayatkan hadith drpd Thaufan. Rasulullah SAW bersabda:
“ Tidak ada yg menolak takdir
kecuali doa, dan tidak ada yg menambah amal pahalanya kecuali kebaikan.
Sesungguhnya seseorg tidak memperolehi rezeki mungkin kerana dosa yg
dilakukannya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan