Isnin, 26 Mac 2012

apabila masuk alam baru

TERPUTUS DARI ALAM DUNIA

Dalam Musnad daripada hadith Barra’ ibn Azib, dia berkata, “Kami telah keluar bersama Rasullah saw untuk bertakziah atas kematian seorang lelaki daripada golongan kaum Anshar. Sampailah kami ke perkuburan. Setelah jenazah tersebut dimasukkan ke liang lahad, duduklah Rasulullah saw dan kami duduk di sekitar beliau, seakan-akan di kepala kami ada seekor burung (tidak bergerak) dan di tangan beliau ada sepotong kayu pengungkit tanah. Kemudian beliau  mengangkat kepalanya lalu bersabda,

            Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada seksa kubur.’(Diucapkan beliau dua kali). 
Lalu beliau bersabda:

“ Sesungguhnya seorang hamba yang beriman bila terputus daripada dunia dan menghadap akhirat, maka turunlah malaikat kepadanya daripada langit. Mereka berwajah putih bagaikan matahari. Mereka membawa sebuah kafan sebagai kafan-kafan ahli syurga dan wewangian daripada syurga. Lalu mereka duduk di hadapan orang yang akan mati tersebut. Kemudian datanglah malaikat maut dan duduk di depan kepala orang yang akan mati, lalu dia berkata, ‘Keluarlah wahai jiwa yang tenang! Keluarlah kepada ampunan daripada Allah dan keredhaannya!’ maka, roh tersebut keluar mengalir, bagaikan tetesan air yang mengalir daripada tempat susu, dan diambillah roh tersebut oleh malaikat maut tadi. Malaikat yang membawa roh tersebut terus naik, melalui kumpulan malaikat dan ditanya, ‘Roh siapakah yang baik ini?’ Malaikat pembawa roh tersebut berkata, ‘ini roh si fulan ibn fulan, dengan nama yang paling baik yang mereka gunakan di dunia.’ Lalu mereka minta untuk dibukakan pintu bagi orang ini. Maka dibukalah untuknya, lalu diantarkannya ke langit berikutnya, hingga sampailah ke langit ke tujuh.’ Allah berfirman, ‘Tulislah kitab hamba-ku ini dengan Illiyyin, dan kembalikan ke bumi. Sesungguhnya Aku menciptakan mereka (daripada tanah), dan kepadanya Aku kembalikan mereka, dan daripadanya  Aku keluarkan mereka sekali lagi.’ Bersabdalah Rasulullah saw, ‘Maka dikembalikan rohnya kebumi, lalu didatangi oleh dua malaikat. Mereka duduk seraya berkata kepada roh tersebut, ‘Siapakah Tuhanmu?’ Roh menjawab “Tuhanku adalah Allah yang Maha mulia lagi Agung.’ Dua malaikat bertanya lagi, ‘Apa agamamu?’ Dia menjawab, ‘Agamaku Islam.’ Mereka bertanya lagi, ‘Siapakah orang yang diutus kepadamu?’ Roh menjawab, ‘Dia adalah Muhammad utusan Allah’ Mereka bertanya lagi, ‘Apakah amal yang telah kau lakukan?’ Dia menjawab, ‘Aku membaca Kitab Allah yang Maha mulia dan Agung, maka aku beriman kepada Allah dan membenarkannya.’ Tiba-tiba terdengarlah panggilan daripada langit, ‘Hambaku telah berkata benar. Maka hamparkanlah untuknya tilam daripada syurga, Rasulullah saw melanjutkan penjelasannya, ‘Datanglah pada roh tersebut bersama aroma yang bertaburan pada kuburnya.’ Berceritalah Rasulullah saw Datanglah kepada si jenazah seorang lelaki berparas menarik, berpakaian cantik, beraroma wangi seraya berkata, ‘Bergembiralah dengan apa yang menyenangkanmu. Inilah harta yang dijanjikan Allah kepadamu.’ Bertanyalah orang mati tadi, ‘Siapakah saudara? ‘Wajahmu adalah ‘wajah yang dating membawa kebaikan.’ Laki-laki berparas menarik tadi menjawab, aku adalah amalmu yang soleh.’ Orang yang mati bermohon, ‘Ya Allah, bangkitlah kiamat, bangkitkanlah kiamat, sehingga aku dapat kembali kepada keluarga dan hartaku.’ Kemudian beliau melanjutkan, ‘Sesungguhnya hamba yang kafir bila putus asa di dunia akan dating ke akhirat, turunlah malaikat-malaikat daripada langit, berwajah gelap, berpakaian bulu tebal dan kasar. Mereka duduk dengan mata memandang si jenazah, lalu dating malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya seraya berkata, ‘Keluarlah wahai jiwa yang tenggelam dalam jasad! ‘Maka ditariklah nyawa hamba itu oleh malaikat seperti menarik besi pemanggang daging daripada bulu-bulu domba yang tercabut. Jiwa itu dibawa oleh malaikat. Jiwa itu dibawa dengan diletakkan pada train yang tebal dan kasar daripada bulu. Lalu, keluarlah daripadanya bau busuk seperti bangkai di bumi. Kemudian malaikat itu naik membawa jiwa (roh busuk) tadi dan tidak melalui suatu kumpulan malaikat kecuali mereka berkata, ‘Roh busuk apakah ini? ‘Para malaikat pengusung menjawab, ‘Inilah jiwa si Fulan ibn Fulan dengan nama-namanya yang buruk daripadanya di dunia. ‘Lalu, dimintakan pintu dibuka namun tidak dibuka. Kemudian Rasulullah saw menbaca surah,

Bermaksud:
‘ Sekali-sekali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak pula mereka masuk syurga, sehingga onta masuk ke lubang jarum.’( QS. Al-A’raf:40)
Tidak lama kemudian Allah SWT memerintahkan, ‘Masukkanlah kitab catatatanya ke dalam sijjin di bumi yang paling bawah. ‘Maka diletakkan rohnya. Lalu, Rasulullah saw membaca surah,

Bermaksud:
‘ Dan barangsiapa yang menyekutukan Allah, maka dia akan jatuh daripada langit disambar oleh burung, atau jatuh ditiup angin di tempat yang jauh.’ 













Ahad, 18 Mac 2012

Beriman Dengan Alam Ghaib

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat
Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.

Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.

Apakah itu Jin?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

Awal Penciptaan Jin

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : 

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas
( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

Bagaimana Jin Dan Syaithan Hidup

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan
mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah,
ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

Tempat Tinggal Jin
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. 

Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."